Penyokong UMNO Marah Pelawak Singapura Kutuk Najib Razak (Video Inside).

Beberapa cybertroopers dan para penyokong Najib Razak berang apabila satu rancangan 'Ok Chope', terbitan Media Corp Channel 5 Singapura menyiarkan kutukan beberapa pelawak terhadap Perdana Menteri Malaysia itu.
Program OK Chope
Perkara itu bermula apabila satu soalan dikemukakan di layar skrin yang memerlukan pelawak-pelawak di rancangan itu menjawab 'tempat kosong'.
Soalan itu ialah;
"Najib slams _____ for threatening Malaysia's progress".
Terjemahan : Najib membidas ____ kerana mengacam kemajuan negara.
Pelawak-pelawak itu kemudiannya menjawab dengan pelbagai jawapan yang seterusnya berbentuk sindiran bagi memerli Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.
"The truth is, Najib slams himself for threatening Malays's progress", jawab Rishi Budhrani yang seterusnya membuatkan pelawak-pelawak dan penonton yang berada di rancangan itu tertawa.
Terjemahan : Najib bidas dirinya sendiri kerana mengacam kemajuan negara.
"The most dangerous thing, Beauty And The Beast for threatening Malaysia's progress", jawab pelawak Sam See pula. 
Terjemahan : Najib bidas filem Beauty And The Beast kerana mengacam pembangunan negara.
Sindiran itu mungkin berpunca dari tindakan Malaysia yang baru-baru ini mengharamkan beberapa babak pro LGBT dalam Beauty And The Beast. 
Namun selepas berlagak wira di media-media berita, Malaysia akhirnya menarik semula pengharaman beberapa babak itu dan kandungan penuh filem disiarkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Namun label filem tersebut bertukar daripada tontonan umum kepada 18 tahun ke atas kerana mengandungi beberapa babak-babak yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. 
Penarikan semula pengharaman beberapa babak filem itu dibuat selepas 9 juri memutuskan untuk tidak mengharamkan gay momen dalam filem itu manakala 8 yang lain bersetuju ianya patut diharamkan.
"Najib slams the bomoh's head with his own coconut for threatening Malaysia's progress", kata Rishi Budhrani pula.
Terjemahan : Najib ketuk kepala bomoh dengan kelapanya kerana mengacam perkembangan negara".
"Once again the Saudis giving him a money what a surprise", sindir Sam See sebagai respon kepada kenyataan Vernetta yang memberikan jawapan kepada soalan kuiz itu.
Rancangan penuh Ok Chope itu boleh diikuti disini. Ia disiarkan pada 29 March lepas dan kini penyokong-penyokong Najib mendesak agar satu tindakan keras diambil terhadap pelawak-pelawak Singapura yang disifatkan mereka sebagai biadap dan kurang ajar kerana menyindir Najib Razak dalam program tv itu. 

Manakala untuk versi suntingan anda boleh menontonnya dibawah ini. Sila klik sini jika video gagal load.

Post a Comment

0 Comments