JPJ tawar diskaun saman, kompaun 70 peratus



Bagi sesiapa yang pernah disaman ketika sedang memandu, didenda sewaktu sekatan jalan raya,  inilah peluang untuk bayar semula kerana Jabatan P{engankutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun 70 peratus terhadap semua jenis saman dan kompaun yang dikeluarkannya, selama sebulan bermula hari ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata diskaun saman itu ditawarkan JPJ sempena ulang tahunnya yang ke-72. Katanya, iskaun 70 peratus itu juga mencatat sejarah baharu berikutan JPJ tidak pernah menawarkan diskaun setinggi itu sepanjang 72 tahun penubuhannya.

Boleh Bayar Di Kaunter JPJ Seluruh Negara Sehingga 2 Mei




Orang ramai perlu merebut peluang membayar pelbagai saman dan kompaun JPJ dengan potongan 70 peratus bermula hari ini sehingga 2 Mei depan.Bayaran saman dan kompaun boleh dilakukan di semua kaunter JPJ di seluruh negara.

"Namun, lima kesalahan yang tidak berhak mendapat diskaun 70 peratus" - Datuk Ab Aziz Kaprawi,

  • Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS),
  • Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
  • kesalahan Berat Dengan Muatan (BDM) atau lebih muatan bagi kenderaan lebih lima tan,
  • saman mahkamah serta saman 
  • kompaun membabitkan warga asing.
Tambah beliau, ini kali pertama potongan sehingga 70 peratus ditawarkan sepanjang penubuhan JPJ kerana sebelum ini kita hanya tawarkan diskaun sehingga 50 peratus sahaja.
Sumber : Berita Harian

Post a Comment

0 Comments