Peminat Terkejut Lisa Seksi, Berbikini


Nama pelakon Lisa Surihani sebelum ini belum pernah terpalit dengan kontroversi panas malah dia juga dianggap sebagai seorang yang sopan dan sentiasa menjaga adab dalam berpakaian.

Namun, baru-baru ini tular beberapa keping gambar Lisa berseluar pendek sehingga menampakkan pahanya telah mengejutkan peminat setianya.

Menerusi perkongsian instagram seorang teman rapat Lisa, telah memuat naik beberapa foto percutian mereka di Tanjung Rhu Resort Langkawi bagi menyambut ulang tahun rakannya itu.

Dalam foto terbabit, Lisa dilihat memakai baju tshirt putih dan berseluar pendek bersama Yusry yang turut bersama dalam percutian tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka aktres kesayangan mereka sanggup berpakaian seperti itu.

Sementara itu juga Lisa turut memuat naik gambar percutian mereka di Instagramnya, namun gambar tersebut hanyalah gambar anak sulungnya, Yahaira.

Namun segelintirnya menganggap mungkin Lisa berpakaian sedemikian ketika mahu mandi laut.

Post a Comment

0 Comments