Kenderaan Persendirian E-Hailing Perlu Menampal Pelekat Khas E-Hailing Mulai Sekarang

Tanda pengenalan pelekat khas kenderaan e-hailing hendaklah dipamerkan pada bahagian cermin hadapan dan cermin belakang kenderaan persendirian e-hailing  ketika dipandu oleh seseorang pemegang permit semasa beroperasi membawa penumpang. 


GAMBAR RAJAH PELEKAT KHAS  KENDERAAN PERSENDIRIAN E-HAILING


Perlaksanaan pemakaian pelekat khas kenderaan e-hailing adalah selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah 15B Kaedah-kaedah Kenderaan Perkhidmatan Awam (Pelesenan dan Kelakuan Pemandu, Konduktor dan Penumpang) 1959.  Kesalahan dan denda  boleh dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang gagal mematuhi perkara ini.

Rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Prosedur Tukar Guna kenderaan Persendirian Individu Kepada Kenderaan Persendirian E-Hailing- Lampiran A3 untuk Tatacara dan Spesifikasi pelekat khas kenderaan e-hailing.

Post a Comment

0 Comments