Semalam media melaporkan Ahli Parlimen ponteng beramai-ramai dalam persidangan Dewan Rakyat. Menurut laporan Awani, Speaker, Datuk Mohd Ariff terpaksa menangguhkan sidang Parlimen apabila sehingga jam 2.30 petang tiada seorang pun kelibat Menteri mahupun Timbalan Menteri dilihat masuk ke dalam Dewan Rakyat bagi menyertai perbahasan.
Bagaimanapun persidangan Parlimen bersambung semula pada jam 2.36 petang apabila Speaker memaklumkan Parlimen telah cukup korum dengan kehadiran 36 anggota Ahli Parlimen.
Laporan itu kemudiannya dikecam oleh netizens dan menyifatkan Ahli Parlimen tidak sepatutnya ponteng perbahasan dewan memandangkan ianya antara tugas utama wakil rakyat dan mereka dibayar gaji tinggi untuk itu.
Sesetengah netizens pun berpendapat Ahli Parlimen sepatutnya bijak mengatur jadual memandangkan sesi perbahasan telah diketahui lebih awal yang membolehkan mereka menyusun masa agar tidak bercanggahan dengan tugas lain.
Perkara itu lantas mendorong beberapa cadangan antaranya;
1. Potong gaji Ahli Parlimen yang kerap ponteng
2. Punch card waktu kehadiran Ahli Parlimen
3. Jika kehadiran teruk, Ahli Parlimen terbabit perlu dihukum dengan hukuman seperti dilarang menyertai pilihanraya selama 2 penggal
Dan beberapa cadangan lain.
Di sosial media pula, selain kritikan, beberapa netizens dilihat mengecam status Facebook Menteri Pendidikan, Dr Maszlee yang pernah menulis tentang isu ponteng Parlimen.
Post di Facebook itu ditulis pada tahun 2015, di mana ketika itu Dr. Maszlee menulis mengenai tindakan ponteng Parlimen yang dibuat oleh Najib Razak - Pekan dan Abdul Hadi Awang - Marang.
Post itu kembali menjadi tular semalam apabila netizens beramai-ramai mengingatkan Menteri Pendidikan itu mengenai apa yang pernah beliau lontarkan suatu masa dahulu.
Untuk rekod, gaji Ahli Parlimen ialah RM16,000 tidak termasuk elaun dan beberapa kemudahan lain. Jika satu-satu Ahli Parlimen itu menjawat jawatan dalam kerajaan seperti Menteri ataupun Timbalan Menteri, dia akan menerima gaji dan faedah yang berbeza atas sebab jawatan yang berbeza. - 25 Julai 2018.

0 Comments