Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) Di Halau Keluar Dewan

Sesi perbahasan kecoh akibat tuduhan 'samseng'

Ramkarpal MP pertama diarah keluar dewan

PARLIMEN | Ramkarpal Singh menjadi anggota parlimen pertama yang diarahkan keluar oleh speaker Dewan Rakyat yang baru dilantik, Datuk Mohamad Ariff Yusof.

Ramkarpal diarahkan keluar Dewan Rakyat selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menggelar Pemuda Umno sebagai "samseng".

Ramkarpal sebelum itu mengimbas kejadian pada 2009 ketika mendiang ayahnya, Karpal Singh dikepung oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno.


Anggota parlimen pembangkang membantah istilah "samseng" yang digunakan dan seterusnya Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) membuat tuduhan serupa kepada anggota parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN).

Mohamad Ariff kemudian mengarahkan Ramkarpal dan Bung Moktar menarik semula istilah "samseng" yang disifatkan tidak sewajarnya digunakan dalam parlimen.

"Untuk memendekkan perkara ini, supaya kita boleh mendengar perbahasan Sungai Petani (Datuk Johari Abdul), kedua-dua anggota parlimen perlu menarik kenyataan tadi.

"Jika tidak, saya akan gunakan seksyen 44(2) peraturan Dewan Rakyat," katanya merujuk peruntukan yang membenarkan speaker menghalang anggota parlimen menyertai persidangan selama dua hari.

"Ini cuma perkara kecil. Jangan guna perkataan yang tidak sewajarnya di dalam dewan, kita perlu lebih matang," katanya.
Bagaimanapun, Ramkarpal menjawab: "Saya mohon maaf, tapi saya tidak boleh tarik balik.

Mohamad Ariff kemudian mengeluarkan amaran dan apabila Ramkarpal bertegas dengan pendiriannya, speaker mengarahkan agar anggota parlimen Bukit Gelugor itu diiringi keluar dewan.

Sementara Bung Moktar kemudian menarik balik kenyataanya dan dibenarkan berada di dalam dewan.


Post a Comment

0 Comments