'Saya sayang pucuk pimpinan lama seperti Mat Sabu' - Wak Doyok sertai AMANAH


Sebelum ini Wak Doyok atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor dilabelkan sebagai 'lalang' kerana berubah pendirian politiknya sejak Pakatan Harapan (PH) berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu dalam PRU14, terbaru, beliau dilaporkan telah menghantar borang permohonan untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara (AMANAH).

Gambar Wak Doyok menyerahkan borang permohonan itu juga viral di media sosial. Namun, penyertaannya dalam Amanah itu menimbulkan rasa kurang sesetengah pihak.

Bagi Wak Doyok, tiada sesiapa yang berhak menghalangnya membuat keputusan itu kerana ia adalah hak setiap individu dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan dia tahu apa yang dia lakukan.

"Yang tidak berpuas hati, mereka tiada hak untuk menghalang kerana ini pilihan individu malah mereka tidak boleh sekat sesiapa untuk masuk mana-mana parti.

"Nak cakap saya lalang atau masuk sebab jawatan itu, terpulang kerana yang penting saya tahu apa yang diperjuangkan. Yang banyak cakap itu, entah-entah belum pun mendaftar sebagai pengundi,” katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.

Difahamkan, Wak Doyok sebelum ini pernah emngaku menjadi anggota PAS sejak 1998. Ketika pemerintahan Kerajaan BN dahulu, Wak Doyok seringkali dilihat menghadiri majlis-majlis berkaitan dengan parti itu. Tetapi Wak Doyok menafikan dirinya adalah ahli UMNO dan kehadirannya setakat memenuhi undangan dan mencari rezeki.

Post a Comment

0 Comments