LANGSUNG: AG mahu dedah semua - dari sumber dana ke perbelanjaan di Chanel
LAPORAN LANGSUNG | Pendengaran jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 2 petang ini.
Najib berdepan perbicaraan untuk tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dana RM42 juta SRC.
SRC ialah bekas anak syarikat syarikat pelaburan negara sarat hutang 1MDB.
Ahli politik 65 tahun itu sebelum itu turut menjadi menteri kewangan dan penasihat emeritus SRC.
Beliau turut berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM42 kita.
Kes itu akan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Perbicaraan dijadual berlangsung awal petang ini dengan Peguan Negara Tommy Thomas dijangka menyampaikan kenyataan pembukaan.
Najib akan diwakili pasukan pembelaan diketuai peguam jenayah terkemuka Muhammad Shafee Abdullah.
Malaysiakini membawakan laporan langsung dari kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.
Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta
Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
1 tuduhan salah guna kuasa
3 tuduhan pecah amanah
3 tuduhan pengubahan wang haram
LANGSUNG
3.24pm: Pihak pendakwaan memanggil saksi pertama, Muhamad Akmaludin Abdullah. Individu 35 tahun itu bertugas sebagai penolong pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Mohd Akmaludin memberitahu dia menerima permohonan SPRM untuk menyemak rekod tiga buah syarikat, iaitu SRC International, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana.
Dia mendedahkan butiran syarikat berkenaan kepada mahkamah.
3.15pm: Dalam ucapan pembukaannya, Thomas memperincikan insiden yang Najib didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram.
Ia melibatkan transaksi melibatkan akaun Ambank beliau dan pemindahan Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS).
Butik Chanel di Honolulu
Thomas juga berkata mereka juga akan membuktikan bahawa pada Disember 2014, kad kredit telah dicaj AS$130,625 untuk perbelanjaan kedai fesyen eksklusif Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat (AS).
Katanya cek peribadi juga dikeluarkan untuk, antaranya, kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya di Kuala Lumpur dan Pekan Pahang, serta cek untuk parti-parti komponen BN.
Thommy Thomas
2.50pm: Thomas berhujah, pasukan pembelaan mempunyai masa cukup untuk mencabar pertuduhan terhadap Najib.
Katanya tiada sebab untuk usul supaya pertuduhan dibuat di saat-saat akhir.
Thomas menyifatkan tindakan pembelaan membawa perkara itu sekarang sebagai “menghina kebijaksanaan”:
“Mereka ada berbulan-bulan untuk buat perkara ini,” katanya.
Peguam pembelaan Harvinderjit Singh dan Yusof kemudian berhujah kenapa perbicaraan patut ditangguhkan.
Hakim memutuskan akan akan menetapkan satu tarikh lain untuk mendengar permohonan pasukan pembelaan pagi tadi.
Nazlan mengarahkan perbicaraan bermula.
2.30pm: Sekumpulan wanita Melayu berbaju merah biru yang berkumpul di kompleks mahkamah melaungkan perkataan “Bossku” berkali-kali.
Memperkenalkan diri mereka sebagai “orang Pekan”, mereka percaya Najib tidak bersalah dan “tahu dia (Najib) orang macam mana”.
2.10pm: Prosiding bermula dengan peguam negara memperkenalkan barisan pasukan pendakwaan dan pembelaan.
Beliau memberitahu hakim bahawa pihak pendakwaan sudah bersedia dengan kenyataan pembukaan mereka.
Bagaimanapun, pasukan pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mereka telah memfailkan sijil perakuan segera pagi ini dan memohon mahkamah mempertimbang untuk menangguhkan pendengaran.
Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa pasukan pembelaan akan mencabar kesahan pertuduhan terhadap Najib.
Yusof Zainal Abiden akan membentangkan kenapa tindakan itu perlu dibuat sebelum perbicaraan berlangsung.
Thomas berkata pihaknya tiada bantahan.
Sementara itu, Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown turut hadir mengikuti perbicaraan.
Beliau berharap menjadi antara orang pertama melihat bagaimanapun pihak pendakwaan membawa kes itu.
2.07pm: Najib memasuki kandang tertuduh.
Tommy Thomas dan Muhammad Shafee Abdullah masing-masing telah mengambil tempat.
2.00pm: Penyokong kuat Najib, Lokman Noor turut hadir memberi sokongan pada Najib,
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu memberitahu pemberita bahawa pertuduhan terhadap Najib sebagai “pertuduhan terpilih”.
1.55pm: Ditemanani anaknya Ashman dan beberapa pembantu, Najib melangkah masuk ke dalam mahkamah.

0 Comments