KUALA LUMPUR: Najib Razak akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana melanggar larangan menyiarkan Kertas Putih Felda sehari sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat.
Usul merujuk bekas perdana menteri itu ke jawatankuasa berkenaan diluluskan melalui undian blok di Dewan Rakyat hari ini.
Seramai 86 ahli Parlimen menyokong, manakala 33 lagi membantah.
0 Comments