Penyokong Najib tidak puas hati, buat kecoh


KUALA LUMPUR: Suasana di hadapan bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini, sedikit kecoh apabila seorang penyokong Datuk Seri Najib Razak tidak berpuas hati selepas tidak dibenarkan memasuki bilik itu bagi mengikuti prosiding perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang bermula hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, cuba ditenangkan anggota polis bertugas kerana tindakannya membuat bising boleh mengganggu prosiding perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Gobalakrishnan yang tidak berpuas hati dengan arahan pihak mahkamah dan dalam nada marah mendakwa, mahkamah itu seperti ‘mahkamah rimba’ dan bukan mahkamah rakyat kerana tidak membenarkan penyokong masuk mengikuti prosiding berkenaan.

“Jangan jadikan ia seperti mahkamah rimba, tolong benarkan saya masuk ke dalam, kamu sepatutnya hormat mahkamah... saya tahu hak saya,” katanya.

Selepas ditenangkan anggota polis dan beberapa penyokong lain, Gobalakrishnan berundur dan meninggalkan ruang legar di hadapan bilik bicara Mahkamah Tinggi Jenayah.

Post a Comment

0 Comments