Bagaimanapun, Nur Shahida enggan mengulas lanjut isu yang membabitkan suaminya.
Nur Shahida yang kini menunaikan umrah bersama anaknya sejak 23 Februari lalu berkata, sebaik-baiknya biar perkara itu diselesaikan pihak berwajib.
Sementara itu, Aliff ketika dihubungi memohon doa yang terbaik buat dirinya.
“Doakan yang terbaik,” jawabnya ringkas.
Ditanya lanjut mengenai dakwaan yang timbul, Aliff menyerahkan segala siasatan kepada polis.
Malah, buat masa sekarang, Aliff memaklumkan dia dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak mengganggu siasatan polis.
“Biar mereka membuat siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya.
Aliff juga memohon masyarakat terutama warganet berhenti membuat sebarang spekulasi.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan mangsa yang berusia dua tahun dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga meninggalkan kesan pada badannya.
Suspek dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya.
Sumber bharian
0 Comments