Nama Syifa Melvin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini selepas adik ipar Shaheizy Sam itu dipercayai menjadi punca prestasi pemain bola sepak Johor, Safawi Rasid, merudum.
Punca persembahan Safawi merudum.
Namun wanita berusia 26 tahun itu telah menafikan mempunyai kaitan dengan persembahan hambar Safawi di atas padang, walaupun khabar angin mengatakan dia mendesak pemain kebangsaan Malaysia itu untuk berkahwin tahun ini.Belum selesai isu dengan atlet berusia 23 tahun itu, nama Syifa Melvin tular lagi selepas satu video tutorial tudungnya tersebar di Twitter.
Hina orang miskin dalam video tutorial.
Dalam sedutan video yang dimuat naik oleh akaun Twitter Kak Jah Sungai Dua, Syifa mempromosikan sebuah koleksi turban sambil seorang rakan sedang menggayakan produk itu untuknya.Dia kemudian berkata bahawa warna-warna yang terdapat dalam koleksi turban itu adalah warna yang mahal, dan sesiapa yang memakainya akan automatik nampak mewah, walaupun mereka hanya duduk rumah setinggan dan rumah PPRT.
Kau hengat kau pakai tudung mcm hantu bungkus tu kau nampak kaya ??? Org pprt or setinggan pun x siorrr pakai cmtu. Dah la fefelinggg mcm uols The Kadarshian of Malaysia. Wekk.pic.twitter.com/g6Zb7XwBTk
— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) March 5, 2020
enyataan Syifa itu membuat rata-rata netizen bengang kerana dia dianggap merendahkan golongan yang tidak berkemampuan.
Ramai yang turut meninggalkan pelbagai komen untuk mengkritik sikap bongkak adik Syatilla Melvin itu.
0 Comments