PRESTASI merudum bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang dikaitkan sedang h4ngat bercinta jelas membuatkan pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hilang sabar ke atas pemain sayap berkaki kiri itu.
JDT yang sudah mengharungi tiga aksi kompetatif termasuk satu aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga-M) menentang Kedah serta dua perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) berjaya memulakan kempen musim baharu dengan rentak positif.
Bagaimanapun, dua kemenangan masing-masing ke atas Kedah (1-0) untuk menjulang Piala Sumbangsih dan kejayaan mengejutkan kelab Korea Selatan, Suwon Bluewings (2-1) selain tewas (1-5) kepada Vissel Kobe dari Jepun dilihat masih belum memuaskan hati Tunku Ismail.
Sebaliknya, impak besar yang diletakkan ke atas bahu Safawi masih belum menjelma seperti mana aksi terbaiknya sepanjang musim lalu.
Jelas Tunku Ismail, kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan oleh tekanan daripada kekasihnya yang juga pelakon, Syifa Melvin untuk berkahwin dengan Safawi.
Susulan desakan itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.
Syifa tak kemaruk nak kahwin
PELAKON Syifa Melvin yang dikaitkan sebagai punca kepada kemer0sotan prestasi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid tampil mempertahankan dirinya.
Jelas pelakon drama #SisCuba ini, tuduhan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadapnya adalah tidak berasas dan dia menafikan dirinya penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi kompetatif skuad Harimau Selatan setakat ini.
Kata Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu lagi, dia tidak pernah memberi tekanan kepada pemain kebangsaan yang memiliki kehebatan kaki kiri itu untuk berkahwin hingga menyebabkan Safawi hilang fokus.
“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah , Allah Maha Adil,” kata adik kepada Syatilla Melvin itu di laman story Instagramnya.
Bagaimanapun, melalui semakan kali kedua, pelakon berkenaan difahamkan sudah memadamkan entri berkenaan.
Sebelum ini, hubungan kedua-dua merpati sejoli ini tidak perlu dirahsiakan lagi apabila Syifa pernah beberapa kali meluahkan tentang hubungan cintanya bersama pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.
Malah, terbaru pada Januari lalu ketika menyambut hari kelahiran Syifa, pemain JDT itu dikatakan membuat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu.
Tindakan Safawi itu menguatkan lagi spekulasi bahawa pasangan itu kemungkinan bakal melangkah ke fasa lebih serius selepas ini.
Bagaimanapun, aksi merudum Safawi ketika ini nyata tidak disenangi oleh Tunku Ismail yang mend4kwa pemain kebangsaan itu tertekan kerana dipaksa berkahwin dengan Syafi.
Malah, Tunku Ismail turut mend3dahkan pelakon berkenaan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.
Sumber: Hmetro/ dunia&akhirat.
0 Comments