Atikah Suhaime Dedahkan Sebab Apa Dia Lebih Suka Lelaki Berduit Untuk Dijadikan Teman Hidup


Pelakon Atikah Suhaime akhirnya terbuka mendedahkan kekasihnya iaitu ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.Atikah menerusi akaun Instagram miliknya, akui Lokman Teh tersebut merupakan kekasihnya.Malah pelakon yang berasal dari Singapura itu turut memuat naik foto mesra mereka berdua.“Kekasih saya tak tahu mengambil gambar tetapi saya masih sayangkannya,” kapsyennya dari gambar yang dimuat naik.
Berdepan episod duka putus tunang tahun lalu, namun Atikah Suhaime sudah pun bertemu kebahagiaan apabila kini sedang hangat bercinta dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.
Bagaimanapun, perkongsian Atikah di laman Twitternya menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu berkongsikan pengalamannya pernah bercinta dengan lelaki yang hanya mahu menumpang kesenangannya.
Menerusi luahannya itu, Atikah berkata bekas kekasihnya dahulu pernah meminjam laptop MacBook miliknya namun memulangkannya dalam keadaan yang tidak baik.
Lebih mengejutkan, Atikah mendedahkan lelaki berkenaan turut mengambil duitnya tetapi tidak membayar semula. Bahkan bekas teman wanita yang lain turut pernah menjadi mangsa lelaki berkenaan.
Berdepan pengalaman buruk itu, Atikah turut menitipkan pesanan kepada wanita di luar sana lebih baik kekal solo daripada mempunyai teman lelaki yang tiada usaha untuk mencari duit sendiri.
Malah, Atikah mengakui dia mencari lelaki yang berduit selepas melalui pengalaman buruk bersama lelaki ‘biawak hidup’.
Atikah turut meluahkan rasa sedih apabila mengenang semula perkara itu yang bekerja seperti gila tetapi akaun bank kosong sehingga tidak dapat memberi wang kepada ibu bapanya kerana mahu menampung bekas kekasihnya.
Lagi geram apabila bekas kekasihnya itu mengatakan bahawa Atikah sepatutnya rasa terhutang budi dengan kebaikannya.Apa pun diharap Atikah lebih bahagia dengan kehidupannya kini dan semoga dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya bersama kekasih.
Atikah berkenalan dengan Lokman yang juga pewaris produk penjagaan badan popular selepas diperkenalkan rakan mereka. Diakui, hubungan terjalin selepas empat bulan impian Atikah melangkah ke jenjang pelamin bersama penyanyi, Awi Rafael tidak kesampaian.
“Saya dan kekasih diperkenalkan oleh rakan-rakan. Kebetulan rakan saya juga berkawan dengan Lokman. Awalnya, sekadar teman biasa, tetapi lama kelamaan kami gembira bersama,” katanya yang membuat pendedahan hubungan cinta dengan Lokman pada Julai, tahun lalu.
Kredit:BeautifulNara

Post a Comment

0 Comments