Malam Pertama Selamba Je Suami Tak Perasan Perawan Isteri Lepas 7 Tahun Sesuatu Mengejvtkan Terjadi Pada Isteri Apabila...



Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum.. aku cuma nak berkongsi sedikit pasal perjalanan kehidupan aku waktu dulu.. Aku sorang perempuan pertengahan 20an, dah berkahwin dan tengah sarat mengandung anak sulung.. usia perkahwinan baru setahun..

ceritanya macam ni, masa aku lepas habis spm, aku berkenalan dengan sorang lelaki, aku ni agak naif dalam perhubungan percintaan sebab tak pernah ade pengalaman bercinta zaman sekolah.. nak dijadikan cerita aku bercinta dengan lelaki yang aku kenal tu,

2 tahun jugak perkenalan dengan dia dan family nak satukan kami berdua, so waktu dalam bercinta selama 2 tahun tu, aku dah terlanjur dengan dia, tapi hanya 2 kali itu pon saat hampir dengan tarikh perkahwinan kami.. aku termakan pujuk rayu dia sebab janji akan kahwin dengan aku jugak..

Aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari.. semakin dekat dengan tarikh perkahwinan kami, semakin banyak perkara yang dia buat cuba untuk putuskan hubungan, sampai satu saat aku merayu melutut kat dia supaya jangan tinggalkan aku,

sebab kami dah terlanjur.. dia mintak aku belikan dia macam macam, minta duit aku, aku bagi asal dia tak tinggalkan aku.. dah lah dia satu satunya laki pertama yang aku pernah cinta, dan satunya lelaki yang dah pernah terlanjur dengan aku..

sampai satu tahap aku merayu dekat mak ayah dia supaya pujuk dia jangan tinggalkan aku.. tapi, akhirnya jodoh kami memang tak sampai ke jinjang pelamin.. Dia tinggalkan aku tanpa belas kasihan, tanpa rasa bersalah walau sedikit pon, tanpa rasa tanggungjawab atas apa yang dia buat pada aku..

aku cuba move on, tapi hanya allah sahaja tahu perasaan aku.. separuh jiwa hilang.. sebab aku terlalu sayangkan dia.. tak lama lepas tu, lebih kurang 8 bulan aku dapat perkhabaran yang dia telah berkahwin dengan sorang perempuan.. betapa hancur lagi hati aku bila dapat tahu..

masa tu aku dah give up.. aku malu, aku takot tak ade lelaki yang nak berkahwin dengan aku sebab aku dah takde dara.. Aku mula menyendiri, tak bergaul dengan sesiapa sebab risau aib aku akan terbongkar.. aku fokus pada kerja, aku busykan diri dengan pelbagai pelbagai perkara smpai aku lupakan dia..

dan perkara ni berlanjutan bertahun tahun.. dan akhirnya tahun lepas ade sorang lelaki cuba mendekati aku, orangnya sangat baik, menjaga batas, menjaga solat dan lelaki yang cukup sempurna dimata perempuan.. bila terkenang kisah silam aku betul betul give up untuk bina satu perhubungan..

akhirnya dia datang berjumpa kedua orang tua aku untuk jadikan aku isteri.. ibu bapa aku terima dia.. Dalam masa setahun perkenalan, kami pon mendirikan rumah tangga.. suami banyak membimbing aku dalam agama.. Dari saat lafaz akad sehingga hari ni aku masih tak berterus terang tentang sejarah silam aku pada suami..

aku tak berani dan tak kuat sebab suami seorang lelaki yang sangat sangat baik.. aku terlalu sayangkan suami.. Dia tak pernah syak apa apa pada aku kerana malam pertama kami aku masih keluar cairan merah aku pon tak tahu kenapa boleh jadi macam tu padahal aku tiada dara..

minggu lepas, aku pergi satu shopping mall jalan jalan nak beli baju baby lepas balik dari keje.. dan aku terserempak dengan ex aku dulu.. bayangkan setelah hampir 7 tahun aku tak pernah jumpa dia, dan aku ternampak dia.. masa nampak aku, dia terus kaku..

aku pulak terus larikan diri saat bertembung sebab aku rasa sakit hati bila terkenang perbuatan dia pada aku dulu.. Dengan perut sarat aku gigih kuar dari mall drive balik rumah.. rasa macam nak menangis je bila terkenang balik.. Aku ceritakan pada kwn baik aku pasal kejadian tu,

dan kawan aku pulak cerita yang ex aku dah kawin hampir 8 tahun tapi tak ade anak lagi dan pernah berpisah sekali dengan wife dia.. Aku tak tahu nak kata ni kifarah dia atau aku yang berdosa sebab pernah dulu aku berdoa agar ditarik segala nikmat kemewahan dalam kehidupan dia dan biarkan dia terus dalam keadaan kesedihan..

Pada wanita diluar sana, jangan sekali sekali berikan kehormatan korang pada lelaki yang bukan suami korang.. sebab salah tetap salah.. ianya salah satu dosa besar.. ingatt lah ibu ayah sebab terlalu banyak keburukan mendekati salah..

Masa Suami Buka Hadiah Kahwin Selamba Ex Pakwe Hantar Gambar Berlaga Pipi Sebagai Hadiah. Mengejutkan Malam Tu Jugak Wanita Itu Begelar Janda Suci
Aku diberitahu telah dipinang oleh seorg ustaz dan ibu bapa aku langsung menerima Aku hanya mampu menurut kerana bagi aku pilihan dan restu ibubapa adalah penting. Assalamualaikum. Nama aku mira. Aku berumur 26 tahun-1992. Cerita sangat panjang sebenarnya.

Namun aku ringkaskan sedikit. Hari di mana aku convo di sebuah IPTA, Aku diberitahu telah dipinang oleh seorg ustaz dan ibu bapa aku langsung menerima Aku hanya mampu menurut kerana bagi aku pilihan dan restu ibubapa adalah penting.

Kami dididik dengan didikan agama sejak dari kecil. Bahkan telah khatam dan hafal beberapa juz. Pernah juga part time mengajar mengaji. Entah kenapa, hati ini rasa gelisah, dan aku meminta pendapat ustazah, dia menyuruh aku agar sentiasa minta petunjuk dari solat wajib selain solat sunat istikharah yang aku buat.

Waktu sangat pantas berlalu. Semua persiapan diuruskan oleh keluarga dan aku tidak dibenarkan membuat 1 kerja dalam rumah termasuklah menyapu dan membersihkan katil aku sendiri. Aku dihantar ke spa muslimah, salon muslimah (cuci rambut), manicure pedicure dan everything yang perlu.

Baju baju pengantin hanya aku sewa sahaja. Bukan tidak mampu beli, namun aku rasa adalah tidak penting menyimpan baju pengantin walaupun hanya sebagai kenangan. Selesai akad nikah, barulah aku dapat melihat wajah suami aku.

Rasa tiba tiba sahaja muncul dan rasa hiba itu ada. Aku peluk ayah ibu. Sungguh tak sangka. Selesai semua, suami bisik ke telinga, ”Cantiknya isteri abang”. Aku tersenyum bahagia. Majlis kami tidak sebesar mana namun semua tetamu berpuashati.

Tiada karaoke, cuma kompang dan lagu lagu nasyid serta selawat bergema. Tazkirah selama sejam selepas asar. Semua berjalan lancar. Pada malamnya, pakcik suami dikejarkan ke hosp dan berada di wad ICU. So malam tu kami tidur di bangku hospital dengan inai yang merah di jari.

Suami pegang tangan dan peluk bahu aku, ”abang minta maaf”. Aku hanya membalas, its okay abang. Malam kedua, baru ada masa berdua dan membuka hadiah yang ada. Bahagianya menerima hadiah. 1 persatu dibuka. Tiba ke hadiah yang diberi oleh sahabat baik ku, kotak kecil.

Namun kad di atasnya tertulis (from Azmin to mira). Aku sangat kenal dengan kotak tersebut. Aku memang sangat pasti hadiah tersebut dibawa oleh kawan baik aku sendiri!! Kening suami berkerut. Masakan tidak. Semua hadiah tiada nama melainkan ucapan yang tertera.

Suami mula membuka, dan melihat beberapa keping gambar (gambar semasa camping di U dulu, act gambar my ex bf menciium pipi aku, tapi yang tu secara spontan. Waktu tu juga kami break up. Dan beberapa gambar yang aku rasa kawan aku edit.

Bcause she is really pakar. Aku tak rela pun masa gambar tu dia snap!) Sehingga sekarang aku tak sangka kawan baik aku sendiri hancurkan masjid yang baru dibina. Suami aku sangat kecewa. Pipi aku pernah diciium tanpa aku rela, tp aku tak pernah disentuh lagi.

Aku menangis merayu dan menjelaskan. Namun ego suami aku lebih tinggi. Dia sanggup tinggalkan aku! Aku rasa trauma, tekanan, badan susut mendadak. Beberapa bulan aku asingkan diri dari keluarga. Namun keluarga dapat hidu akhirnya, dan sangat kecewa.

Kerana ex suami menceritakan yang lebih, yang aku tak buat. And now, aku dah move on. I have my own money, my own car, keja di syarikat telekomunikasi. Ex suami dah kawin dengan kawan baik yang tak baik dan sekarang dah ada anak 1.

Aku dapat berita anak tu bukan anak ex suami. Dia jadi pak sanggup. Tahniah dan terima kasih kerana menjadikan aku janda suci. Dan aku mencari bakal suami yang mampu terima aku seadanya. Bagi lelaki yang masih bujang, tak pernah bercinta lagi, bukan suami orang, boleh membimbing,

ego tak setinggi gunung everest, sila komen dan aku akan minta pendapat abang aku bagi sesiapa yang dia nak. Kita tidak boleh menghukum seseornag itu tanpa kita selidik punca sebenarnya. Semoga cerita ini menjadi pengajaran bagi sesiapa yang ingin medirikan rumah tangga.

Reaksi warganet
Hazwani Wahid –Kawan baik dia tu perempuan. Dia kenal kotak tu memang kawan dia yang bagi. Tapi kawan dia sengaja tulis nama bekas kekasih dia ni. Tujuan untuk fitnah dia, dan letak pula gambar gambar dia dengan bekas kekasih. Bila nama lelaki of course lah laki dia nak tau apa yang ada dalam kotak tu kan. Gambar pulak tengah cium pipi. Terus kene lepaskan. Kawan baik dia memang sengaja tabur fitnah sebab ada hati dengan bekas laki dia tu kot.

Lina Scarlet –Bekas suami marah pulak sis kena cium kat pipi, tapi suka pulak ambil sisa orang jadi pak sanggup lagi pulak tu. Dah ternyata dia bukan jodoh yang terbaik untuk sis. Dia sesuai dengan orang macam kawan tidak baik sis tu. Ngamla sangat sama sama membimbing sesama sendiri ke arah baik perangai sikit. Semoga sis mendapat jodoh yang lebih baik.

Tini Hamzah –Assalamualaikum adik. Alhamdulillah, Adik berjaya bangun dari kejatuhan. Sis melihat dari segi positif. Tahniah ya adik. Teruskan niat yang baik. Manusia jika terlalu ego akan mendapat yang sewajarnya. Lupakan yang lalu berjalan ke arah yang lebih baik. Sis doakan adik bertemu jodoh yg baik. Aamin.

Supiah Supiah –Biar lah dia dengan hidup dia mungkin bukan itu jodoh adik mana tau adik dapat jodoh lebih baik dari dia. Semuga adik dapat jodoh yang terbaik.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Post a Comment

0 Comments