Malam Terakhir PKPB, Istri Ditangkap KhaIwat. Ni Alasan Yang Diberikan Kepada Pegawai Agama



WANITA berstatus istri orang dicekup berkhaIwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Seri Kota, Kuala Kedah, Alor Setar tengah malam tadi.

Wanita berusia 32 tahun yang mempunyai seorang ank itu memberi alasan menghantar makan kepada lelaki itu sebelum dicekvp anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi sebaik menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di rumah berkenaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati pintu rumah itu berkunci dari dalam dan tertutup rapat.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, anggota kami dibenarkan masuk oleh lelaki berusia 28 tahun itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang wanita berada dalam rumah itu namun mereka gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram atau suami istri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

WANITA yang berkhalwat malam tadi. FOTO ihsan JAIK

Radzi berkata, hasil siasatan juga mendapati wanita itu masih bersuami dan mempunyai seorang ank.

Beliau berkata, lelaki itu bekerja menjual ikan laga secara atas talian manakala wanita itu tidak bekerja.

Berikutan itu katanya, pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi berkata, anggotanya turut menahan sepasang kekasih di sebuah hotel bajet di kawasan Tandop kerana disyaki berkhalwat semalam.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan jam 12 malam terhadap seorang lelaki berusia 26 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun.

“Mereka tinggal berjiran dan berjalan menyewa hotel berkenaan yang terletak berhampiran rumah mereka.

“Ketika disoal siasat mereka memberi alasan untuk berbincang kerana keluarga wanita berkenaan tidak menerima lelaki itu untuk berkahwin,” katanya.

Radzi berkata, kes disiasat mengikut seksyen sama

Sumber : hm

Post a Comment

0 Comments