Najib Razak Akhirnya Dedah Siapa Sebenarnya Dlm TNB Yg Gaji Sampai RM11 5 juta



TENAGA Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan yang ditularkan netizen berkenaan elaun tinggi yang diterima Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Elaun bulanan Datuk Seri Mahdzir Khalid adalah jauh lebih rendah daripada paparan yang dikongsikan di media sosial, namun mencerminkan tanggungjawab beliau memimpin sebuah syarikat dengan lebih sembilan juta pelanggan dan aset bernilai hampir RM60 bilion.
Sebagai sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, emolumen yang diterima ahli-ahli Lembaga Pengarah TNB dinyatakan dalam Laporan Tahunan yang diterbitkan setiap tahun, katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Orang ramai dinasihatkan tidak terus berkongsi paparan tidak benar berkaitan elaun tinggi tersebut dan sentiasa memastikan kesahihan maklumat sebelum membuat sebarang perkongsian.
Perbuatan menularkan paparan serta maklumat yang tidak benar atau palsu adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Gaji CEO TNB

Menurut Najib Propaganda PH bahawa pengerusi baru TNB dibayar gaji RM11.5 juta setahun ialah satu lagi f1itnah mereka.
“Gaji RM11.5 juta itu adalah untuk CEO TNB dan bukan untuk pengerusi bukan eksekutif TNB. Gaji pengerusi bukan eksekutif adalan RM30,000 sebulan – iaitu lebih rendah berbanding pendapatan RM86,464.92 sebulan Menteri Kewayangan kerajaan PH dahulu yang telah banyak menjahanamkan ekonomi Malaysia”- tulis Najib di FB milik beliau

Dkwaan Terima Elaun Hampir RM1 Juta Sebulan Sebagai Pengerusi TNB, Ini Jawapan Mahdzir

Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), menafikan dakwaan beliau menerima elaun tinggi seperti yang tular di media sosial.
Mahdzir yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menyifatkan dakwaan pihak terbabit sebagai ‘nakal’ susulan jumlah elaun sebenar diterima jauh lebih rendah.
” Elaun sebenar yang diterima jauh lebih rendah.
” Cukup saya katakan terlalu rendah daripada apa yang ditularkan,”
Demikian kata melalui satu hantaran di Facebook rasminya semalam.
Beberapa hari lalu, tular satu dakwaan mengatakan isu caj bil elektrik mengelirukan dan terlalu tinggi dikenakan TNB kepada pengguna sejak tiga bulan lalu.
Perkara itu kononnya disebabkan syarikat perlu membayar elaun tinggi kepada Mahdzir yang dikatakan mencecah hampir RM1 juta sebulan.
Sumber : musangviral

Post a Comment

0 Comments