Isu mengenai pelarian etnik Rohingya di negara kita seakan tidak menemui jalan penyelesaian. Terbaru, dilaporkan seramai 269 etnik Rohingya menempuh perjalanan mereka selama lebih kurang 4 bulan dari kem pelarian di Myanmar dan tiba di Pulau Langkawi.
Satu mayat ditemui

Memetik laporan Metro, pihak polis berjaya menangkap mereka seramai 269 orang yang terdiri daripada 80 lelaki, 138 perempuan, 26 kanak-kanak lelaki dan 23 kanak-kanak perempuan.
Kelibat bot tersebut dilihat memasuki perairan negara di Pantai Teluk Nibong, Langkawi pada jam 4.20 pagi (8 Jun 2020). Pihak polis juga menemui satu mayat di dalam bot berkenaan.
Selain 269 itu, polis juga sudah menemui satu mayat etnik Rohingya di perairan Langkawi. Mayat itu sudah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.Bot itu dipercayai belayar dari kem pelarian Cox Bazar, di Myanmar yang mengambil masa hampir empat bulan untuk tiba di Langkawi.
9 tekong melarikan diri

Menurut laporan polis lagi, seramai 9 tekong bot penyeludupan migran dipercayai meninggalkan bot berkenaan menggunakan satu lagi bot selepas memasuki perairan Malaysia.
Bot tersebut dipercayai membawa lebih kurang 500 etnik Rohingya. Manakala, 200 lagi daripada jumlah tadi dilaporkan mati ketika dalam perjalanan. Namun, pihak berkuasa masih menyiasat perkara berkenaan.
Terbaru, semua pelarian berkenaan telah dibawa ke Kem Wawasan Negara di Ulu Melaka, Langkawi untuk proses dokumentasi.
Sengaja bocorkan bot
Sementara itu, National Task Force (NTF) melaporkan etnik Rohingya dikesan sengaja membocorkan bot dan merosakkan enjin dengan teruk sehingga tidak dapat dibaiki supaya dapat mendarat ke perairan negara.
0 Comments