Selepas Kecoh Berita Bapa Minta Pusat Beli Belah Tutup 1 Jam, Ini Amaran Keras Dari Azharina

PENYANYI terkenal, Azharina menjadi bahan bualan warganet gara-gara membuat perkongsian mengenai kenangan ketika zaman kecilnya dalam sebuah portal dalam talian.
Kisah memakai beg sekolah berjenama Prada yang dibeli di ‘bundle’ dan gedung beli-belah Parkson di Miri ditutup bagi membolehkan dia bersama adiknya membeli-belah mengundang kriti1kan.
Penyanyi lagu Elegi Sepi dikatakan sengaja bermegah dan ingin mempamer sisi hidupnya yang dianggap mewah.
“Sejujurnya selepas 20 tahun dalam industri ini saya malas sebenarnya malas nak bercakap mengenai isu sebegini. Tapi, saya perlu bercakap apabila pelbagai komen dan kriti1kan dilemparkan kepada saya.
“Saya faham kehidupan sebagai anak seni ramai yang tidak suka walaupun tidak mengenali siapa saya. Saya salahkan diri sendiri, tapi biar saya betulkan perkara sebenar.
“Jika boleh dihuraikan, konteks kata dalam artikel diterbitkan tidak lengkap. Disebabkan itu ia disalah erti segelintir pihak. Saya tidak pernah kata saya bermegah. Apabila wartawan bertanya pada saya apakah memori waktu kecil yang saya ingat bersama adik, jadi saya pun bercerita.
“Ketika itu saya melawat adik di Miri. Ayah membawa kami ke sebuah pusat beli-belah dan masuk dalam Parkson. Ayah memberikan masa 45 minit hingga sejam untuk kami berbelanja,” katanya.

Masih Bvli Siber Dan Lempar Fi1tnah? Ini Amar4n K3ras Dari Azharina

Rupa-rupanya, masih ada yang melemparkan t0mahan terhadap penyanyi Azharina walaupun sudah menjelaskan isu ‘tutup gedung beli-belah’.
Menerusi Facebook, Azharina memberi amar5n kepada seorang warga maya bernama John Henry supaya menghentikan bvli siber dan fi1tnah terhadapnya sekeluarga.
Kredit foto: FB Azharina
“Nina akan buat lap0ran Polis dan tidak teragak-agak untuk mengambil t1indakan undang-undang pada kamu dan sesiapa yang menghina serta memak1i hamun saya dan keluarga di media sosial,” tulisnya.
Sebelum ini, Azharina berkongsi kenangannya memakai beg sekolah berjenama Prada yang dibeli di ‘bundle’ dan bapanya pernah mengarahkan sebuat pusat beli belah menutup operasi bagi memberi laluan dia dan adiknya untuk berbelanja selama satu sejam.
Ekoran menjadi buah mulut warga maya, Azharina kemudian tampil menjelaskan bahawa dia langsung tiada niat untuk bermegah.
“Saya faham kehidupan sebagai anak seni ramai yang tidak suka walaupun tidak mengenali siapa saya. Saya salahkan diri sendiri, tapi biar saya betulkan perkara sebenar.
Kredit foto: IG Azharina
“Jika boleh dihuraikan, konteks kata dalam artikel diterbitkan tidak lengkap. Disebabkan itu ia disalah erti segelintir pihak. Saya tidak pernah kata saya bermegah. Apabila wartawan bertanya pada saya apakah memori waktu kecil yang saya ingat bersama adik, jadi saya pun bercerita.
“Ketika itu saya melawat adik di Miri. Ayah membawa kami ke sebuah pusat beli-belah dan masuk dalam Parkson. Ayah memberikan masa 45 minit hingga sejam untuk kami berbelanja,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam masa sama, Azharina berharap pengguna laman sosial tidak bersikap serkap jarang dalam menulis sesuatu perkara.
“Jangan terus menghukum orang tanpa tahu isi kandungan kenyataan itu.
“Terus positif dan jangan suka menghvkum atau menghina kehidupan orang lain. Ambik ia sebagai sesuatu yang positif untuk kita lebih kuat bekerja,” katanya.

Post a Comment

0 Comments