CEO MAXIS Merayu Supaya Rakyat Malaysia Terus Sokong Maxis





Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lebih 400,000 pengguna meninggalkan syarikat itu.

Walaupun syarikat mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, namun tindakan pelanggan meninggalkan syarikat itu mungkin menjadi pengajaran kepada MAXIS untuk lebih berhati-hati untuk menjaga hubungan dengan pelanggan.

Sebahagian besar pelanggan meninggalkan MAXIS tahun ini dikaitkan dengan isu yang menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini yang melibatkan insentif data internet yang disediakan syarikat untuk pelanggan MAXISOne baharu tetapi tidak terpakai untuk pelanggan lama.

Pengguna mobil internet MAXIS dilapor jatuh kepada 8.5 juta pengguna dalam tempoh suku pertama tahun ini berbanding sembilan juta pengguna dalam tempoh yang sama tahun lalu, lapor akhbar perniagaan Malaysia Reserve berdasarkan laporan suku tahunan syarikat itu.

Pendapatan MAXIS meningkat kepada RM484 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini berbanding RM477 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu, hasil pengurangan operasi syarikat, kata akhbar itu yang memetik penganalisis.



Namun, pendapatan syarikat daripada perkhidmatan prabayar dan pascabayar jatuh 2.5 peratus dan 1.7 peratus kepada RM1.02 bilion dan RM994 juta.

Menurut penganalisis itu, MAXIS terlalu perlahan untuk memberi reaksi terhadap perubahan pasaran.

Katanya, pesaing seperti DiGi dan Celcom telah menawarkan pelan lebih murah manakala syarikat telco kecil iaitu UMobile dan TuneTalk telah ‘makan’ pasaran MAXIS.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MAXIS seperti leka. Syarikat ini terlalu yakin dan selesa serta menganggap pelanggan akan setiasa bersama mereka,” katan ketua sebuah firma sekuriti di ibu negara, lapor akhbar itu lagi.

Akhbar itu melaporkan, berdasarkan analisis, kehilangan pelanggan MAXIS merupakan kemenangan besar kepada pesaingnya.

Sebagai contoh, suku pertama tahun lalu, DiGi Telecommunications Sdn Bhd menambah seramai 450,000 pelanggan baharu sementara MAXIS kehilangan 377,000 pelanggan.

Baru-baru ini, MAXIS memohon maaf di atas layanan tidak adil dan menawarkan data percuma 3GB kepada pelanggan MAXISOne yang tidak puas hati dengan pelan data internet.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pelanggan,Dushyan Vaithiyanathan, tampil memohon maaf pada sidang Facebook secara langsung pada 8 April lalu.

KUALA LUMPUR - Susulan viralnya luahan kekecewaan para pelanggan Maxis yang mendakwa mereka mengalami kerugian bila melanggan pakej pelan MaxisOne, Maxis tampil memberikan kenyataan sebentar tadi melalui video siaran langsung di Facebook rasminya.

'Jika Saya Terus Guna Maxis Untuk 13 Bulan Lagi, Sayalah Manusia Yang Paling Bodoh'

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal menjelaskan bahawa, mereka mendengar dan memahami segala persoalan pelanggan Maxis, bukannya berdasarkan pada tinjauan dan statistik sahaja.

"Kebelakangan ini, pusat panggilan dan laman media sosial kami dipenuhi dengan maklumbalas dari pelanggan Maxis yang marah, kecewa dan tidak berpuas hati. Kami akui situasi ini mendatangkan kerisauan pada kami.

"Perubahan pasaran semasa ke atas permintaan data yang tinggi telah mendorong Maxis untuk menyediakan tawaran terbaik untuk pelanggan. Namun, kami telah mengambil masa yang terlalu lama demi menambah lebih banyak ciri-ciri hebat selain dari kuota tambahan.

"Sementara menyempurnakan pelancaran pelan ini, pengguna-pengguna Maxis tertentu telah terpilih untuk menerima tawaran pelan Maxis yang dikhususkan mengikut kesesuaian mereka. Tindakan kami telah menimbulkan sedikit kekeliruan dikalangan pelanggan. Malah kami juga sedar, tindakan ini adalah kurang bersesuaian dengan komitmen syarikat dalam mengutamakan keadilan dan ketelusan.

"Oleh itu, kami dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua warga Maxis kerana telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab segala persoalan anda," jelas Morten.




There have been many questions about our plans lately and we’d like you to hear from us. Join our CEO Morten and Head of Consumer Business Dushyan as they address some of your questions.
Posted by Maxis on Friday, April 8, 2016
Sementara itu, Ketua Bahagian Pengguna, Dushyan Vaithiyanathan mengumumkan, setiap pelanggan MaxisONE akan dinaik taraf dengan kuota tambahan pada harga yang sama dalam masa terdekat.

"Sebagai contoh, pelanggan MaxisONE yang kini hanya mendapat kuota 1GB sebulan akan dinaiktaraf ke 5GB sebulan. Pelanggan yang mendapat kuota 3GB sebulan akan dinaiktarafkan ke 8GB sebulan. Semua pelanggan akan menikmati faedah ini, bukan sahaja pelanggan baru.

"Selain peningkatan kuota, inovasi tambahan yang akan membolehkan pelanggan menerima lebih banyak faedah dengan data tambahan yang diperolehi melalui rangkaian kami. Pelanggan MaxisONE Business juga akan menikmati manfaatnya," jelas Dushyan.

Difahamkan pelan-pelan baru itu akan dilancarkan pada bulan April ini dan semua pelanggan MaxisONE akan menikmati 3GB kuota tambahan bermula minggu depan.

Post a Comment

33 Comments

  1. tiada maaf bagimu Maxis..upgrade to 5gb tu sikit kalau nak dibandingkan dengan pesaing yang lain bagi seperti Digi..unlimited call + 7gb = RM78..yang mana lagi berbaloi?fikir2kan..

    ReplyDelete
  2. hahahahah! Bye2 lah Maxis! Dengan Digi RM78 dapat 7GB. Mengapa bayar lebih? Digi kan ada. Pilih lah Digi! Kahkah

    ReplyDelete
  3. Maaf maxis, saya bukan pengunna maxis sebab memangg tahu dari dulu lagi mahal sangat, dulu ayah I pakai maxis, tengok bil bukan main panjang biasalah orang suka bergayut kat telepon hahahah... sekarang data plan maxis offer pun mahal sangat murah lagi digi rm78 untuk 7 gig serta panggilan tanpa had tau.... baik I pick digi kalau maxis masih mahal lagi.. please..

    ReplyDelete
  4. Pernah saya ke Bangkok, Call Maxis untuk Roaming, Operator suruh Pilih Thai AIS, sampai sana tak ada Thai Ais, Terpaksa saya pilih lain nama, Balik Ke Malaysia Bill internet RM 2500 lebih!!! Rupanya Thai AIS dah bertukar nama kepada Thai GSM, Salah siapa. Call complain, Operator cakap tak boleh, Kena bayar, Bill sah, Bersusah payah saya pi Tribunal Tuntutan Pengguna barti Maxis mengalah, buang masa saya, dan buatkan saya stress dengan bill gila Maxis, Kalaulah Roaming Internet kena perangkap Sampai Beribu ribu, Kan elok Maxis disablekan sambungan kepada Pengendali lAIN? mEMANG mAXIS NAK CARI CARA CEKIK DARAH

    ReplyDelete
  5. customer service kena improved..yang duk kaunter kalau xsuka org byk tanya pi keje cabut rumput..kdg2 kebodohan mereka merugikan maxis..SEKARANG sy pkai prepaid onexox lg murah..dan xperlu nk pikir sgt expired date..sbb onexox bg due date 2tahun 4bulan..

    ReplyDelete
  6. jom beralih kpd tone excel RM30 FREE 1.5GB data
    more detail >> http://bit.ly/percuma1GBdata

    ReplyDelete
    Replies
    1. sam ja mcm maxis tone excel ni quota sikit.

      Delete
  7. Maxis xda rugi sgt pon, Xtro kn ada,leh bckup..
    Sape yg guna Maxis yg naya,

    ReplyDelete
  8. redone lg best..unlimited call free redone to redone..bygkan kalau semua pakai redone..xkena charge call langsung..haha

    ReplyDelete
  9. kepala pundek punye paria..

    ReplyDelete
  10. Toooooop late already.... dah tukar ke telco lain.. padan muka maxis... lain kali layan aduan org bukan ignore....

    ReplyDelete
  11. wei ananda babi.. di indonesia 30000rph dpt 8gb lagi. hi speed lagi.. 30K rupiah serupa nilai rm30 nilai topup kat sini. wlupun nilai matawang 30k rupiah tu rm16 sebenarnya. apsal kupik sgt hah ananda babi. rm30 1.5gb slow plak tu. ko bagi 10gb 20mbps.. bukan luak pun company. tak rugi pun.. sibuk hidup nk berlagak je.

    ReplyDelete
  12. Saya masih menggunakan maxis.. Tapi kalau nak diikutkan hati dah lama dah nak campak kat sungai sim kad nye tu sebab line dia terok sgt2 kat area bkt. Kapar meru lebih2 lagi kalau line data macam ...l pastu mahal lah plak. Oleh sebab saya guna phone dwi sim saya pon beli umobile. Haa.. Baru lah tarik nafas lega. Murah dan line pun cantik. Berubahlah maxis kalau boleh jadi yg lagi terbaik..

    ReplyDelete
  13. bye2 MAXIS..
    dengan CELCOM, hanya RM88 untuk 10GB + 5GB + Call Unlimited + SMS Unlimited..
    Thank you Celcom..

    ReplyDelete
  14. Ak pengguna maxis jugak dulu.. internet dia mmg mahal tapi asal kan line ok x pe.. tapi yg pelik 2 bulan awal speed mantap... lepas 2 bln jadi slow gila lepas 7mlm.. bila report pon dorang asyik suruh hantar speed test... macam mana la nak hantar speed test.. kalau slow sampai website speed test pon x boleh nak load...

    ReplyDelete
  15. Mmg xla nk guna maxis lg!!!!ko dh byk makan duit tp servis mcm hampeh!!!bila digi celcome umobile buat promotion br ko terhegeh2 nk upgrade bagai...better amek umobile 15gb+call unlimited br rm70 je...

    ReplyDelete
  16. Memng maxis mahal..dua gari hbi..x gunspun habis.by by maxis..

    ReplyDelete
  17. Memng maxis mahal..dua gari hbi..x gunspun habis.by by maxis..

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Byk sgt cas tersembunyi...ingat pengguna tak pandai menilai ka? Kita UBAH ke Celcom 10gb rm85 call + sms unlimited...

    ReplyDelete
  20. UMobile kalau sign up sebelum akhir June dapat 7GB + 8GB dan umlimited calls untuk RM70 jer

    ReplyDelete
  21. Dulu pakai maxis, sbb ramai pengguna, and internet ok..... Then banyak plak hal dgn internet slow nak wat, assignment and keje lg.... Pas tukar celcom magic sim... Bia pon jadi burung hantu tgah malam, asalkan internet laju and puas hati wat keje blh cpt siap. TQ CELCOM.... Bye2 Maxis.

    ReplyDelete
  22. Maxis terlalu bongkak dan sombong dengan harga termahal dan kuota data terkecil..selamat tinggal setelah 15 tahun!!

    ReplyDelete
  23. Aku banyak akaun dengan kau maxis! Tunggu aku pun akan batalkan semua.. maxis service langsung tak bagus!!! So bad

    ReplyDelete
  24. Walaupun maxis tambah gig internet tapi still mahal bayarannya berbanding telco lain,seperti celcom,digi atau Umobile..still bawah seratus...

    ReplyDelete
  25. Ooo... cmtu ke maxis merayu. Bye bye maxis..

    ReplyDelete
  26. Ketinggalan zaman sungguh korang ni..org dh x pakai telco ni dh...

    ReplyDelete
  27. Yg ni lagi best www.projekpendapatanpasif.com/r/554503/aziziali

    ReplyDelete
  28. lepas tuu,maxis pnya coverage cket.....bila blik kg,xdpt nk main intnt

    ReplyDelete
  29. Tak apa saya akan beli simkad maxis selepas ni.. Mungkin maxis elok da akan datang.. Saya mnykong penuh maxis..

    ReplyDelete
  30. Tak apa saya akan beli simkad maxis selepas ni.. Mungkin maxis elok da akan datang.. Saya mnykong penuh maxis..

    ReplyDelete