INI JELAS!! Melayu Menjadi Mangsa Tunggangan UMNO


PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa mendakwa Melayu dan Islam menjadi tunggangan dan mangsa oleh Umno selepas berjaya membentuk kerajaan baru.
Beliau juga mempersoalkan adakah benar DAP menguasai kerajaan Pakatan Harapan seperti yang dimomokkan oleh Umno.
“Bandingkan Umno menyatakan DAP bahaya, apakah lebih bahaya sebuah parti yang gunakan kaum, bangsa untuk timbulkan kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Adakah tidak ada DAP benar-benar masalahnya atau mereka mahu menutup segala perilaku, rasuah mereka dan mereka hari ini jadi kerajaan guna nama Melayu, Islam dan menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat,” katanya dalam video dimuat naik di Facebook.
1 Mac lalu, Presiden PPBM Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 selepas mendapat sokongan daripada Barisan Nasional, PAS, Gabungan Parti Sarawak, beberapa ahli Parlimen dari PPBM dan PKR.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata DAP hanya dijadikan alasan untuk mewajarkan nafsu dan tamak haloba parti berasaskan Melayu itu.
Katanya, disebabkan itu Umno menggunakan isu-isu bukan Melayu.
“Apakah lebih besar mudaratnya, daripada sebuah parti Melayu yang terpalit skandal terbesar dunia yang semua tahu kes ini sudah di bawa ke mahkamah.
“Hari ini alasan yang diberikan sebagai naratif kepada perlu dan wujudnya gabungan baru, ini adalah kerana kononnya ia diperlukan bagi menolak atau menumbangkan DAP, seolah segala-gala puncanya kerana DAP sebagai kerajaan dan kemudian dimomokkan ianya kuasai Kabinet, ia tentukan dasar-dasar negara ia menghina agama, bangsa dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata mana-mana parti sama ada pembangkang atau kerajaan tidak boleh terima jika ia menghina agama, bangsa dan membuat sesuatu dengan cara tidak elok.
“Setiap parti bercanggah dengan undang-undang dan perlembagaan harus ditolak, cuma soalannya hari ini, kita menolak Umno, BN dan MCA bukan sebab menghina Islam, agama dan sebagainya.
“Parti-parti ini ditolak kerana gagal menangani masalah rasuah yang membengkak dan parti-parti tersebut sendiri terlibat daripada kepimpinannya,” katanya.
Mujahid juga mempersoalkan jika gabungan kerajaan baru bersatu padu, kerana mereka bercakaran di Melaka dan Johor.

Post a Comment

1 Comments