Hakim Mahkamah Bongkarkan Sesuatu Yg Membuatkan Suami Melutut Rujuk Semula Bini Pertama



Assalamualaikum min dan warganet sekalian. Kisah aku ni Panjang so siapa yang pemalas nak baca boleh scroll laju laju. Dan makcik bawang yang tahu mengkritik je pun bolehlah scroll laju laju ek. Aku perlukan pendapat dari segi undang undang (aku pernah terbaca komen dari peguam syarie tapi bila scroll balik

tak jumpa nama fb peguam tu) dan juga mungkin dari pengalaman sesiapa yang pernah alami keadaan aku sekarang. Okay so, aku dah kahwin dengan suami selama 2 tahun. Aku isteri kedua (aku tahu akan ada yang dikriktik). suami lelaki yang sangat baik dan bertanggungjawab.

Suami berkahwin dengan isterinya selama 10 tahun dan punya 3 anak lelaki. Bulan 11 tahun lepas, suami telah berpisah secara sah dengan isteri pertama kerana suami tak tahan isteri pertama tak pernah bekerja dan hanya tahu membebel tu tak cukup ni tak cukup dan asyik minta duit sahaja.

Suami kata dalam rm600 tu pun isterinya mampu beli handbag dan shopping shopping. Gaji suami sebanyak 3.8k sahaja. Suami bagi nafkah rm600 termasuk duit dapur dan belanja sekolah anak anak tapi bekas isteri asyik membebel tak cukup. Suami kata dia saja bagi sikit sebab

dia nak isteri pertama belajar berdikari dan cari kerja. Oh ya, sebelum kena dikritik, duit sewa rumah, api dan air bekas isteri sampai habis iddah suami yang bayar. Jadi setelah habis iddah, mulalah proses tuntutan mutaah dan hadhanah. (aku tak hadir ke mahkamah Bersama suami jd apa yang aku

ceritakan ini adalah dari cerita yang suami bgtahu aku kalau salah maaf ya lawyer). Bekas isteri minta 10k utk mutaah dan perlu dibayar sebanyak 3 kali serta 1.5k duit nafkah sebulan untuk anak 3 orang. suami tak setuju, kerana 1.5k terlalu banyak sedangkan sewaktu kahwin suami

Cuma beri rm600 dan segalanya cukup. Jadi suami hendak tuntut hak penjagaan anak anak untuk menjimatkan kos tapi aku tak setuju hal ni sebabnya nanti kalau budak budak tu datang duduk rumah aku, aku lah yang kena jaga makan minum dorang sedangkan aku tengah hamil 4 bulan.

Tapi suami berkeras juga mahu hak penjagaan anak anak dan katanya bekas isteri pertama tak bekerja sebab tu dia demand nafkah yang banyak utk tamping kehidupan dia. Haa kat sini yang suami terkejut beruk (aku pun terkejut sekali) bila bekas isteri bentangkan penyata kewangan yang

mengatakan dia mempunyai harta sebanyak RM570 ribu! Terkejut tak? Hahahaha rupanya setelah pemergian bapak bekas isteri suami 5 tahun lepas, bapak dia hibahkan segala tanah, rumah, 2 biji rumah kedai, duit asb dan tabung haji ke bekas isteri dan adiknya utk dibahagikan sama rata.

Mereka jual semuanya sebab tu bekas isteri ada duit sebanyak itu. (sebenarnya banyak lagi jumlahnya tapi bekas isteri dah shopping banyak). Suami tak sangka yang bapak mertuanya orang ada ada sebab dia Nampak macam orang susah rumah pun rumah kayu kampung tu.

Dan bekas isteri pernah kata yang dia Cuma dapat 15k duit faraid dan semuanya suami ambil untuk belikan kereta baharu. Rupa rupanya suami dah kena tipu dan 15k tu cumalah tip of the iceberg je! Suami kata patutlah bekas isteri banyak shopping dan bekas isteri kata beg beg dan

jam tangan yang dibeli semua jenama fake tp sebenarnya ori dan suami kata ada satu jam tangan isteri (ya suami panggil perempuan tu isteri dah sekarang) lebih mahal dari harga kereta yang kami pakai sekarang min! Di luar mahkamah, suami tanya pada bekas dia tu,

kenapa selama berkahwin dia tak pernah cakap apa apa pada suami tentang harta ni dan tak pernah tolong suami bayarkan loan loan? Dan dia balas ‘aku tahu kalau kau tahu harta aku banyak mesti kau akan perabiskan. Aku saja nak tengok macam mana perangai kau bila kau rasa aku ni satu sen pun tak berguna kat kau’ .

Jadi sekarang suami cuba berbaik-baik dengan bekas isteri untuk kurangkan tuntutan nafkah dan mutaah. Semalam, out of nowhere, suami tiba tiba kata ‘kalau abang kahwin balik dengan senah tu, b setuju tak’ terkejut aku min. puas aku menangis semalam dan pagi td.

Pagi tadi aku baca mesej suami bagi pada bet*na tu. Punyalah Panjang berjela jela suami mintak maaf dan harap bet*na tu terima dia balik demi anak anak tapi bet*na tu balas ooo je (lega aku!) sekarang ni aku terpikir, setelah tahu jumlah kewangan bekas isteri, aku nak tanya pada para lawyer.

1) bolehkah suami tuntut harta sepencarian dari duit duit bekas isteri tu sebab dia dapat wang itu ketika mereka masih kahwin 2) bolehkah nafkah yang banyak tu dikurangkan setelah dapat tahu bahawa perempuan tersebut sebenarnya sangat mampu utk tanggung anak anak dia? Sebab aku rasa dengan cara ini sahaja yang boleh buat suami berhenti berharap kembali pada bekas isterinya. Terima kasih dan jangan kecam.

Sumber :krt via edisiharian

Bolehkah suami tuntut harta yang isteri kumpul?
Suami isteri bekerja adalah satu lumrah dalam masyarakat masa kini. Ini tentunya untuk memenuhi tuntutan keperluan hidup yang semakin hari semakin meningkat. Adalah satu kebiasaan seorang isteri yang bekerja akan menghulurkan bantuan dalam meringankan bebanan kewangan suami.

Lagipun itulah tujuan seorang isteri keluar bekerja sekarang. Namun begitu, seorang suami tidak seharusnya melepaskan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah kepada keluarga. Nafkah kepada isteri dan anak-anak masih merupakan satu tanggungjawab wajib yang mesti disediakan oleh suami.

Persoalan harta isteri harta suami masih lagi tidak jelas kedudukannya lebih-lebih lagi dalam hal harta sepencarian. Harta sepencarian pada asalnya diambil daripada adat Melayu yang telah diterima dan mendatangkan kebaikan kepada kaum wanita khususnya.

Dalam Islam, apabila sesuatu adat atau uruf diakui kebaikannya dan telah diberi pengiktirafan undang-undang, kedudukannya tidak lagi sebagai adat, tetapi telah menjadi suatu peraturan atau perundangan yang mesti diikuti dan dikuatkuasakan.

Maka, kita mendapati bahawa dalam perundangan kita kini ada peruntukan tentang harta sepencarian. Di sini, saya akan merujuk kepada akta asal Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 kerana Pindaan 2005 masih belum berkuat kuasa.

Seksyen 2 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memberi maksud harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.

Kemudian, seksyen 58 Akta pula menambah bahawa aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan termasuklah aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan dan telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu oleh pihak yang

satu lagi atau dengan usaha bersama. Intipati seksyen 58 ini adalah sumbangan suami isteri. Oleh itu, pihak yang menuntut harta sepencarian ini haruslah membuktikan kepada mahkamah bahawa dia ada memberi sumbangan terhadap harta tersebut.

Tuntutan :Suami puan haruslah mempunyai bukti yang kukuh bahawa dia ada memberi sumbangan terhadap harta-harta yang dituntut sebagai harta sepencarian. Mengikut hukum syarak, suami tidak mempunyai hak ke atas harta isterinya. Harta isteri adalah hartanya sendiri,

manakala isteri berhak mendapat saraan nafkah daripada suaminya. Hak dan kewajipan yang berbeza mengenai harta dan nafkah ada kaitan dengan pembahagian pusaka yang memberi bahagian yang lebih kepada lelaki daripada perempuan.

Bahagian harta pusaka yang lebih kepada lelaki sebenarnya berhubung kait dengan kewajipan kewangan yang dikenakan atas kaum lelaki. Ia juga boleh dikatakan berkaitan dengan soal harta sepencarian. Sumbangan kewangan pihak suami bagi belanja harian tidaklah boleh dianggap sebagai

sumbangan kewangan terhadap harta yang diperoleh isterinya, kerana memanglah kewajipan suami menyara nafkah isteri dan anak-anaknya. Tetapi sumbangan kewangan pihak isteri bagi belanja harian rumah tangga patutlah dianggap sebagai sumbangan kewangan terhadap harta yang diperoleh suaminya, kerana bukanlah kewajipan isteri untuk menyara nafkah suami dan anak-anaknya.

Kitab Ianah al-Talibin, jilid 4, muka surat 76, menyatakan yang maksudnya, Adapun perkara-perkara yang tidak khusus kepada isteri melakukannya seperti memasak makanan suami dan mencuci pakaian suami, maka tidaklah menjadi kewajipan ke atas isteri mahupun orang gaji bagi isteri, tetapi kewajipan tersebut menjadi tugas suami membayar upah dan sebagainya.

Hukum syarak :Walaupun hukum syarak menyatakan bahawa suami tidak boleh usik harta isteri kerana ia milik mutlak isteri tetapi ia adalah berbeza dari segi peruntukan undang-undang. Oleh itu, pihak kerajaan telah pun mengambil langkah tidak mewartakan Pindaan 2005.

Malah langkah susulan yang diambil ialah pihak Peguam Negara seterusnya menjalankan proses rundingan dengan pelbagai pihak termasuk NGO-NGO wanita dalam usaha mengkaji semula Pindaan 2005 ini. Setakat ini, sebanyak tiga rundingan telah dilakukan dan pandangan daripada pelbagai pihak telah pun dibincang dan dipertimbangkan.

Kesaksamaan dan keadilan dalam institusi keluarga dan budaya masyarakat memerlukan perseimbangan hak dan kewajipan kaum lelaki dan wanita dalam keluarga dan masyarakat supaya pelepasan sesuatu hak dan kewajipan tradisional satu pihak disertai dengan imbangan hak dan kewajipan yang sewajarnya.

Adalah tidak adil jika hak tradisional bagi lelaki Islam dikekalkan serta ditambah lagi hak baru, dan kewajipan tradisional dikurangkan. Tetapi sebaliknya pula bagi wanita Islam. Hak tradisional mereka dikurangkan, kewajipan tradisional dikekalkan serta ditambah lagi dengan kewajipan baru. Jika undang-undang mahu mencerminkan keadaan masyarakat masa kini, maka perlulah melihat kepada keseluruhan undang-undang itu.

Kredit:erakini

Post a Comment

0 Comments